KENAPA KITA MENYAMBUT MAULID NABI??? INILAH HUJJAH-HUJJAHNYA.
Siapakah
orang yang pertama menyambut maulid Nabi???
Peringatan
Maulid Nabi pertama kali dilakukan oleh raja Irbil (wilayah Iraq sekarang),
bernama Muzhaffaruddin al-Kaukabri, pada awal abad ke 7 hijriyah. Ibn Katsir
dalam kitab Tarikh berkata:
“Sultan
Muzhaffar mengadakan peringatan maulid Nabi pada bulan Rabi’ul Awwal. Beliau
merayakannya secara besar-besaran. Beliau adalah seorang yang berani,
pahlawan,` alim dan seorang yang adil -semoga Allah merahmatinya-”.
Dijelaskan
oleh Sibth (cucu) Ibn al-Jauzi bahawa dalam peringatan tersebut Sultan
al-Muzhaffar mengundang seluruh rakyatnya dan seluruh para ulama’ dari berbagai
disiplin ilmu, baik ulama’ dalam bidang ilmu fiqh, ulama’ hadits, ulama’ dalam
bidang ilmu kalam, ulama’ usul, para ahli tasawwuf dan lainnya. Sejak tiga
hari, sebelum hari pelaksanaan mawlid Nabi beliau telah melakukan berbagai
persiapan. Ribuan kambing dan unta disembelih untuk hidangan para hadirin yang
akan hadir dalam perayaan Maulid Nabi tersebut. Segenap para ulama’ saat itu
membenarkan dan menyetujui apa yang dilakukan oleh Sultan al-Muzhaffar
tersebut.
Mereka semua berpandangan dan menganggap baik perayaan maulid Nabi yang
dibuat untuk pertama
kalinya itu.Ibn
Khallikan dalam kitab Wafayat al-A`yan menceritakan bahawa al-Imam al-Hafizh
Ibn Dihyah datang dari Moroco menuju Syam dan seterusnya ke menuju Iraq, ketika
melintasi daerah Irbil pada tahun 604 Hijrah, beliau mendapati Sultan
al-Muzhaffar, raja Irbil tersebut sangat besar perhatiannya terhadap perayaan
Maulid Nabi. Oleh kerana itu, al-Hafzih Ibn Dihyah kemudian menulis sebuah buku
tentang Maulid Nabi yang diberi judul “al-Tanwir Fi Maulid al-Basyir
an-Nadzir”. Karya ini kemudian beliau hadiahkan kepada Sultan al-Muzhaffar.
Para
ulama’, semenjak zaman Sultan al-Muzhaffar dan zaman selepasnya hingga sampai
sekarang ini menganggap bahawa perayaan maulid Nabi adalah sesuatu yang baik.
Para ulama terkemuka dan Huffazh al-Hadits telah menyatakan demikian. Di antara
mereka seperti al-Hafizh Ibn Dihyah (abad 7 H), al-Hafizh al-’Iraqi (W. 806 H),
Al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani (W. 852 H), al-Hafizh as-Suyuthi (W. 911 H),
al-Hafizh aL-Sakhawi (W. 902 H), SyeIkh Ibn Hajar al-Haitami (W. 974 H),
al-Imam al-Nawawi (W. 676 H), al-Imam al-`Izz ibn `Abd al-Salam (W. 660 H),
mantan mufti Mesir iaitu Syeikh Muhammad Bakhit al-Muthi’i (W. 1354 H), Mantan
Mufti Beirut Lubnan iaitu Syeikh Mushthafa Naja (W. 1351 H) dan terdapat banyak
lagi para ulama’ besar yang lainnya. Bahkan al-Imam al-Suyuthi menulis karya
khusus tentang maulid yang berjudul “Husn al-Maqsid Fi ‘Amal al-Maulid”. Karena
itu perayaan maulid Nabi, yang biasa dirayakan di bulan Rabi’ul Awwal menjadi
tradisi ummat Islam di seluruh dunia, dari masa ke masa dan dalam setiap
generasi ke generasi.
Hukum
Peringatan Maulid Nabi
Peringatan
Maulid Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam yang dirayakan dengan membaca
sebagian ayat-ayat al-Qur’an dan menyebutkan sebagian sifat-sifat nabi yang
mulia, ini adalah perkara yang penuh dengan berkah dan kebaikan kebaikan yang
agung. Tentu jika perayaan tersebut terhindar dari bid`ah-bid`ah sayyi-ah yang
dicela oleh syara’. Sebagaimana dijelaskan di atas bahwa perayaan Maulid Nabi
mulai dilakukan pada permulaan abad ke 7 Hijrah. Ini bererti perbuatan ini
tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam, para sahabat
dan generasi Salaf. Namun demikian tidak bererti hukum perayaan Maulid Nabi
dilarang atau sesuatu yang haram. Kerana segala sesuatu yang tidak pernah
dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam atau tidak pernah
dilakukan oleh para sahabatnya belum tentu bertentangan dengan ajaran
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam sendiri. Para ulama’ menyatakan bahawa
perayaan Maulid Nabi adalah sebahagian daripada bid`ah hasanah (yang baik).
Ertinya bahawa perayaan Maulid Nabi ini merupakan perkara baru tetapi ia selari
dengan al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi dan sama sekali tidak bertentangan
dengan keduanya.
Dalil-Dalil
mengenai Peringatan Maulid Nabi
Peringatan
Maulid Nabi masuk dalam anjuran hadith nabi untuk membuat sesuatu yang baru
yang baik dan tidak menyalahi syari`at Islam. Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam bersabda:
“مَنْ سَنَّ فيِ
اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا
بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”. رواه مسلم في
صحيحه”.
Ertinya:
“Barang
siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia
akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga
mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan
pahala mereka sedikitpun”.
(Diriwayatkan
oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya).
Faedah
daripada Hadith tersebut:
Hadith
ini memberikan kelonggaran kepada ulama’ ummat Nabi Muhammad sallallahu`alaihi
wasallam untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik dan tidak bertentangan
dengan al-Qur’an, al-Sunnah, Athar (peninggalan) mahupun Ijma` ulama’.
Peringatan maulid Nabi adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak
menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian bererti
hukumnya boleh, bahkan salah satu jalan untuk mendapatkan pahala. Jika ada
orang yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi, bererti ia telah mempersempit
kelonggaran yang telah Allah berikan kepada hamba-Nya untuk melakukan
perbuatan-perbuatan baik yang belum pernah ada pada zaman Nabi.
2.
Dalil-dalil tentang adanya Bid`ah Hasanah yang telah disebutkan dalam
pembahasan mengenai Bid`ah.
3.
Hadits yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim di dalam
kitab Shahih mereka. Diriwayatkan bahawa ketika Rasulullah tiba di Madinah,
beliau mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram).
Rasulullah bertanya kepada mereka: “Untuk apa mereka berpuasa?” Mereka
menjawab: “Hari ini adalah hari ditenggelamkan Fir’aun dan diselamatkan Nabi
Musa, dan kami berpuasa di hari ini adalah karena bersyukur kepada Allah”.
Kemudian Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“أَنَا أَحَقُّ
بِمُوْسَى مِنْكُمْ”.
Ertinya:
“Aku
lebih berhak terhadap Musa daripada kalian (orang-orang Yahudi)”.
Lalu
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam berpuasa dan memerintahkan para sahabat
baginda untuk berpuasa.
Faedah
daripada Hadith tersebut:
Pengajaran
penting yang dapat diambil daripada hadith ini ialah bahawa sangat dianjurkan
untuk melakukan perbuatan bersyukur kepada Allah pada hari-hari tertentu atas
nikmat yang Allah berikan pada hari-hari tersebut. Sama ada melakukan perbuatan
bersyukur kerana memperoleh nikmat atau kerana diselamatkan dari bahaya. Kemudian
perbuatan syukur tersebut diulang pada hari yang sama di setiap tahunnya.
Bersyukur kepada Allah dapat dilakukan dengan melaksanakan berbagai bentuk
ibadah, seperti sujud syukur, berpuasa, sedekah, membaca al-Qur’an dan
sebagainya. Bukankah kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam adalah
nikmat yang paling besar bagi umat ini?!
Adakah
nikmat yang lebih agung daripada dilahirkannya Rasulullah pada bulan Rabi’ul
Awwal ini?! Adakah nikmat dan kurniaan yang lebih agung daripada pada kelahiran
Rasulullah yang menyelamatkan kita dari jalan kesesatan?! Demikian inilah yang
telah dijelaskan oleh al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani.
4.
Hadits riwayat al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya. Bahawa Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam ketika ditanya mengapa beliau puasa pada hari Isnin,
beliau menjawab:
“ذلِكَ يَوْمٌ
وُلِدْتُ فِيْهِ”.
Ertinya:
“Hari
itu adalah hari dimana aku dilahirkan”.
(Diriwayatkan
oleh al-Imam Muslim)
Faedah
daripada Hadith tersebut:
Hadith
ini menunjukkan bahawa Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam melakukan puasa
pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah, bahawa pada hari itu baginda
dilahirkan. Ini adalah isyarat daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam,
ertinya jika baginda berpuasa pada hari isnin kerana bersyukur kepada Allah
atas kelahiran baginda sendiri pada hari itu, maka demikian pula bagi kita
sudah selayaknya pada tanggal kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
tersebut untuk kita melakukan perbuatan syukur, misalkan dengan membaca
al-Qur’an, membaca kisah kelahiran baginda, bersedekah, atau melakukan
perbuatan baik dan lainnya. Kemudian, oleh kerana puasa pada hari isnin
diulangi setiap minggunya, maka bererti peringatan maulid juga diulangi setiap
tahunnya. Dan kerana hari kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam masih
diperselisihkan oleh para ulama’ mengenai tanggalnya, -bukan pada harinya-,
maka boleh sahaja jika dilakukan pada tanggal 12, 2, 8, atau 10 Rabi’ul Awwal
atau pada tanggal lainnya. Bahkan tidak menjadi masalah bila perayaan ini
dilaksanakan dalam sebulan penuh sekalipun, sebagaimana yang telah ditegaskan
oleh al-Hafizh al-Sakhawi seperti yang akan dinyatakan di bawah ini.
Fatwa
Beberapa Ulama’ Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah:
1.
Fatwa al-Syaikh al-Islam Khatimah al-Huffazh Amir al-Mu’minin Fi al-Hadith
al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-`Asqalani. Beliau menyatakan seperti berikut:
“أَصْلُ عَمَلِ
الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ
الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ
وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا
كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”. وَقَالَ: “وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى
أَصْلٍ ثَابِتٍ”.
Ertinya:
“Asal
peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukikanl daripada (ulama’)
al-Salaf al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan
maulid mengandungi kebaikan dan lawannya (keburukan), jadi barangsiapa dalam
peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi
lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid`ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn
Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan
Maulid di atas dalil yang thabit (Sahih)”.
2.
Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Suyuthi. Beliau mengatakan di dalam risalahnya “Husn
al-Maqshid Fi ‘Amal al-Maulid”. Beliau menyatakan seperti berikut:
“عِنْدِيْ أَنَّ
أَصْلَ عَمَلِ الْمَوِلِدِ الَّذِيْ هُوَ اجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا
تَيَسَّرَ مِنَ القُرْءَانِ وَرِوَايَةُ الأَخْبَارِ الْوَارِدَةِ فِيْ مَبْدَإِ
أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِيْ مَوْلِدِهِ مِنَ الآيَاتِ، ثُمَّ يُمَدُّ
لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُوْنَهُ وَيَنْصَرِفُوْنَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى
ذلِكَ هُوَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِيْ يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا
لِمَا فِيْهِ مِنْ تَعْظِيْمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرَحِ
وَالاسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيْفِ. وَأَوَّلُ مَنْ أَحْدَثَ ذلِكَ
صَاحِبُ إِرْبِل الْمَلِكُ الْمُظَفَّرُ أَبُوْ سَعِيْدٍ كَوْكَبْرِيْ بْنُ زَيْنِ
الدِّيْنِ ابْنِ بُكْتُكِيْن أَحَدُ الْمُلُوْكِ الأَمْجَادِ وَالْكُبَرَاءِ
وَالأَجْوَادِ، وَكَانَ لَهُ آثاَرٌ حَسَنَةٌ وَهُوَ الَّذِيْ عَمَّرَ الْجَامِعَ
الْمُظَفَّرِيَّ بِسَفْحِ قَاسِيُوْنَ”.
Ertinya:
“Menurutku:
pada dasarnya peringatan maulid, merupakan kumpulan orang-orang beserta bacaan
beberapa ayat al-Qur’an, meriwayatkan hadith-hadith tentang permulaan sejarah
Rasulullah dan tanda-tanda yang mengiringi kelahirannya, kemudian disajikan
hidangan lalu dimakan oleh orang-orang tersebut dan kemudian mereka bubar
setelahnya tanpa ada tambahan-tambahan lain, adalah termasuk bid`ah hasanah
(bid`ah yang baik) yang melakukannya akan memperolehi pahala. Kerana perkara
seperti itu merupakan perbuatan mengagungkan tentang kedudukan Rasulullah dan
merupakan penampakkan (menzahirkan) akan rasa gembira dan suka cita dengan
kelahirannya (rasulullah) yang mulia. Orang yang pertama kali melakukan
peringatan maulid ini adalah pemerintah Irbil, Sultan al-Muzhaffar Abu Sa`id
Kaukabri Ibn Zainuddin Ibn Buktukin, salah seorang raja yang mulia, agung dan
dermawan. Beliau memiliki peninggalan dan jasa-jasa yang baik, dan dialah yang
membangun al-Jami` al-Muzhaffari di lereng gunung Qasiyun”.
3.
Fatwa al-Imam al-Hafizh al-Sakhawi seperti disebutkan di dalam “al-Ajwibah
al-Mardliyyah”, seperti berikut:
“لَمْ يُنْقَلْ عَنْ
أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ فِيْ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ الْفَاضِلَةِ،
وَإِنَّمَا حَدَثَ “بَعْدُ، ثُمَّ مَا زَالَ أَهْـلُ الإِسْلاَمِ فِيْ سَائِرِ
الأَقْطَارِ وَالْمُـدُنِ الْعِظَامِ يَحْتَفِلُوْنَ فِيْ شَهْرِ مَوْلِدِهِ -صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ- يَعْمَلُوْنَ الْوَلاَئِمَ
الْبَدِيْعَةَ الْمُشْتَمِلَةَ عَلَى الأُمُوْرِ البَهِجَةِ الرَّفِيْعَةِ،
وَيَتَصَدَّقُوْنَ فِيْ لَيَالِيْهِ بِأَنْوَاعِ الصَّدَقَاتِ، وَيُظْهِرُوْنَ
السُّرُوْرَ، وَيَزِيْدُوْنَ فِيْ الْمَبَرَّاتِ، بَلْ يَعْتَنُوْنَ بِقِرَاءَةِ
مَوْلِدِهِ الْكَرِيْمِ، وَتَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَرَكَاتِهِ كُلُّ فَضْلٍ
عَمِيْمٍ بِحَيْثُ كَانَ مِمَّا جُرِّبَ”. ثُمَّ قَالَ: “قُلْتُ: كَانَ مَوْلِدُهُ
الشَّرِيْفُ عَلَى الأَصَحِّ لَيْلَةَ الإِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ
رَبِيْع الأَوَّلِ، وَقِيْلَ: لِلَيْلَتَيْنِ خَلَتَا مِنْهُ، وَقِيْلَ: لِثَمَانٍ،
وَقِيْلَ: لِعَشْرٍ وَقِيْلَ غَيْرُ ذَلِكَ، وَحِيْنَئِذٍ فَلاَ بَأْسَ بِفِعْلِ
الْخَيْرِ فِيْ هذِهِ الأَيَّامِ وَاللَّيَالِيْ عَلَى حَسَبِ الاسْتِطَاعَةِ بَلْ
يَحْسُنُ فِيْ أَيَّامِ الشَّهْرِ كُلِّهَا وَلَيَالِيْهِ”.
Ertinya:
“Peringatan
Maulid Nabi belum pernah dilakukan oleh seorangpun daripada kaum al-Salaf
al-Saleh yang hidup pada tiga abad pertama yang mulia, melainkan baru ada
setelah itu di kemudian. Dan ummat Islam di semua daerah dan kota-kota besar
sentiasa mengadakan peringatan Maulid Nabi pada bulan kelahiran Rasulullah.
Mereka mengadakan jamuan-jamuan makan yang luar biasa dan diisi dengan hal-hal
yang menggembirakan dan baik. Pada malam harinya, mereka mengeluarkan
berbagai-bagai sedekah, mereka menampakkan kegembiraan dan suka cita. Mereka
melakukan kebaikan-kebaikan lebih daripada kebiasaannya. Bahkan mereka
berkumpul dengan membaca buku-buku maulid. Dan nampaklah keberkahan Nabi dan
Maulid secara menyeluruh. Dan ini semua telah teruji”. Kemudian al-Sakhawi
berkata: “Aku Katakan: “Tanggal kelahiran Nabi menurut pendapat yang paling
sahih adalah malam Isnin, tanggal 12 bulan Rabi’ul Awwal. Menurut pendapat lain
malam tanggal 2, 8, 10 dan masih ada pendapat-pendapat lain. Oleh kerananya
tidak mengapa melakukan kebaikan bila pun pada siang hari dan waktu malam ini
sesuai dengan kesiapan yang ada, bahkan baik jika dilakukan pada siang hari dan
waktu malam bulan Rabi’ul Awwal seluruhnya” .
Jika
kita membaca fatwa-fatwa para ulama’ terkemuka ini dan merenungkannya dengan
hati yang suci bersih, maka kita akan mengetahui bahawa sebenarnya sikap
“BENCI” yang timbul daripada sebahagian golongan yang mengharamkan Maulid Nabi
tidak lain hanya didasari kepada hawa nafsu semata-mata. Orang-orang seperti
itu sama sekali tidak mempedulikan fatwa-fatwa para ulama’ yang saleh
terdahulu. Di antara pernyataan mereka yang sangat menghinakan ialah bahawa
mereka seringkali menyamakan peringatan maulid Nabi ini dengan perayaan hari
Natal yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Bahkan salah seorang dari
mereka, kerana sangat benci terhadap perayaan Maulid Nabi ini, dengan tanpa
malu dan tanpa segan sama sekali berkata:
“إِنَّ الذَّبِيْحَةَ
الَّتِيْ تُذْبَحُ لإِطْعَامِ النَّاسِ فِيْ الْمَوْلِدِ أَحْرَمُ مِنَ
الْخِنْزِيْرِ”.
Ertinya:
“Sesungguhnya
binatang sembelihan yang disembelih untuk menjamu orang dalam peringatan maulid
lebih haram dari daging babi”.
Golongan
yang anti maulid seperti WAHHABI menganggap bahawa perbuatan bid`ah seperti
menyambut Maulid Nabi ini adalah perbuatan yang mendekati syirik (kekufuran).
Dengan demikian, menurut mereka, lebih besar dosanya daripada memakan daging
babi yang hanya haram sahaja dan tidak mengandungi unsur syirik (kekufuran).
Jawab:
Na`uzu
Billah… Sesungguhnya sangat kotor dan jahat perkataan orang seperti ini.
Bagaimana ia berani dan tidak mempunyai rasa malu sama sekali mengatakan
peringatan Maulid Nabi, yang telah dipersetujui oleh para ulama’ dan
orang-orang saleh dan telah dianggap sebagai perkara baik oleh para
ulama’-ulama’ ahli hadith dan lainnya, dengan perkataan buruk seperti itu?!
Orang
seperti ini benar-benar tidak mengetahui kejahilan dirinya sendiri. Apakah dia
merasakan dia telah mencapai darjat seperti al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani,
al-Hafizh al-Suyuthi atau al-Hafizh al-Sakhawi atau mereka merasa lebih `alim
dari ulama’-ulama’ tersebut?! Bagaimana ia membandingkan makan daging babi yang
telah nyata dan tegas hukumnya haram di dalam al-Qur’an, lalu ia samakan dengan
peringatan Maulid Nabi yang sama sekali tidak ada unsur pengharamannya dari
nas-nas syari’at agama?!
Ini bererti, bahawa golongan seperti mereka yang
mengharamkan maulid ini tidak mengetahui Maratib al-Ahkam (tingkatan-tingkatan
hukum). Mereka tidak mengetahui mana yang haram dan mana yang mubah (harus),
mana yang haram dengan nas (dalil al-Qur’an) dan mana yang haram dengan
istinbath (mengeluarkan hukum). Tentunya orang-orang ”BODOH” seperti ini sama
sekali tidak layak untuk diikuti dan dijadikan ikutan dalam mengamalkan agama
ISLAM ini.
Pembacaan
Kitab-kitab Maulid
Di
antara rangkaian acara peringatan Maulid Nabi adalah membaca kisah-kisah
tentang kelahiran Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam. Al-Hafizh al-Sakhawi
menyatakan seperti berikut:
“وَأَمَّا قِرَاءَةُ
الْمَوْلِدِ فَيَنْبَغِيْ أَنْ يُقْتَصَرَ مِنْهُ عَلَى مَا أَوْرَدَهُ أَئِمَّةُ
الْحَدِيْثِ فِيْ تَصَانِيْفِهِمْ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ كَالْمَوْرِدِ الْهَنِيِّ
لِلْعِرَاقِيِّ– وَقَدْ حَدَّثْتُ بِهِ فِيْ الْمَحَلِّ الْمُشَارِ إِلَيْهِ
بِمَكَّةَ-، وَغَيْرِ الْمُخْتَصَّةِ بِهِ بَلْ ذُكِرَ ضِمْنًا كَدَلاَئِلِ
النُّـبُوَّةِ لِلْبَيْهَقِيِّ، وَقَدْ خُتِمَ عَلَيَّ بِالرَّوْضَةِ
النَّـبَوِيَّةِ، لأَنَّ أَكْثَرَ مَا بِأَيْدِيْ الْوُعَّاظِ مِنْهُ كَذِبٌ
وَاخْتِلاَقٌ، بَلْ لَمْ يَزَالُوْا يُوَلِّدُوْنَ فِيْهِ مَا هُوَ أَقْبَحُ
وَأَسْمَجُ مِمَّا لاَ تَحِلُّ رِوَايَتُهُ وَلاَ سَمَاعُهُ، بَلْ يَجِبُ عَلَى
مَنْ عَلِمَ بُطْلاَنُهُ إِنْكَارُهُ، وَالأَمْرُ بِتَرْكِ قِرَائِتِهِ، عَلَى
أَنَّهُ لاَ ضَرُوْرَةَ إِلَى سِيَاقِ ذِكْرِ الْمَوْلِدِ، بَلْ يُكْتَفَى
بِالتِّلاَوَةِ وَالإِطْعَامِ وَالصَّدَقَةِ، وَإِنْشَادِ شَىْءٍ مِنَ
الْمَدَائِحِ النَّـبَوِيَّةِ وَالزُّهْدِيَّةِ الْمُحَرِّكَةِ لِلْقُلُوْبِ إِلَى
فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ وَاللهُ يَهْدِيْ مَنْ يَشَاءُ”.
Ertinya:
“Adapun
pembacaan kisah kelahiran Nabi maka sepatutnya yang dibaca itu hanya yang
disebutkan oleh para ulama’ ahli hadith di dalam kitab-kitab mereka yang khusus
menceritakan tentang kisah kelahiran Nabi, seperti al-Maurid al-Haniyy karangan
al-‘Iraqi (Aku juga telah mengajarkan dan membacakannya di Makkah), atau tidak
khusus -dengan karya-karya tentang maulid saja- tetapi juga dengan menyebutkan
riwayat-riwayat yang mengandungi tentang kelahiran Nabi, seperti kitab Dala-il
al-Nubuwwah karangan al-Baihaqi. Kitab ini juga telah dibacakan kepadaku hingga
selesai di Raudhah Nabi. Kerana kebanyakan kisah maulid yang ada di tangan para
penceramah adalah riwayat-riwayat bohong dan palsu, bahkan hingga kini mereka
masih terus mengeluarkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang lebih buruk dan
tidak layak didengar, yang tidak boleh diriwayatkan dan didengarkan, justeru
sebaliknya orang yang mengetahui kebatilannya wajib mengingkari dan melarangnya
untuk dibaca. Padahal sebenarnya tidak boleh ada pembacaan kisah-kisah maulid
dalam peringatan maulid Nabi, melainkan cukup membaca beberapa ayat al-Qur’an,
memberi makan dan sedekah, didendangkan bait-bait Mada-ih Nabawiyyah
(pujian-pujian terhadap Nabi) dan syair-syair yang mengajak kepada hidup zuhud
(tidak loba kepada dunia), mendorong hati untuk berbuat baik dan beramal untuk
akhirat. Dan Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki”.
Kesesatan
fahaman WAHABI yang Anti Maulid :
Golongan
yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:
“Peringatan
Maulid Nabi tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, juga tidak pernah dilakukan
oleh para sahabatnya. Seandainya hal itu merupakan perkara baik nescaya mereka
telah mendahului kita dalam melakukannya”.
Jawab:
Baik,
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam tidak melakukannya, adakah baginda
melarangnya? Perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah tidak semestinya
menjadi sesuatu yang haram. Tetapi sesuatu yang haram itu adalah sesuatu yang
telah nyata dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam.
Disebabkan itu Allah ta`ala berfirman:
“وَمَا آَتَاكُمُ
الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا”.الحشر: 7
Ertinya:
“Apa
yang diberikan oleh Rasulullah kepadamu maka terimalah dan apa yang dilarangnya
bagimu maka tinggalkanlah”.
(Surah
al-Hasyr: 7)
Dalam
firman Allah ta`ala di atas disebutkan “Apa yang dilarang ole Rasulullah atas
kalian, maka tinggalkanlah”, tidak mengatakan “Apa yang ditinggalkan oleh
Rasulullah maka tinggalkanlah”. Ini Berertinya bahawa perkara haram adalah
sesuatu yang dilarang dan diharamkan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
tetapi bukan sesuatu yang ditinggalkannya. Sesuatu perkara itu tidak haram
hukumnya hanya dengan alasan tidak dilakukan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam. Melainkan ia menjadi haram ketika ada dalil yang melarang dan
mengharamkannya.
Lalu
kita katakan kepada mereka:
“Apakah
untuk mengetahui bahawa sesuatu itu boleh (harus) atau sunnah, harus ada nas
daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam secara langsung yang khusus
menjelaskannya?”
Apakah
untuk mengetahui boleh (harus) atau sunnahnya perkara maulid harus ada nas
khusus daripada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam yang menyatakan tentang
maulid itu sendiri?! Bagaimana mungkin Rasulullah menyatakan atau melakukan
segala sesuatu secara khusus dalam umurnya yang sangat singkat?! Bukankah
jumlah nas-nas syari`at, baik ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith nabi,
itu semua terbatas, ertinya tidak membicarakan setiap peristiwa, padahal
peristiwa-peristiwa baru akan terus muncul dan selalu bertambah?! Jika setiap
perkara harus dibicarakan oleh Rasulullah secara langsung, lalu dimanakah
kedudukan ijtihad (hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid berpandukan al-Quran
dan al-Hadith) dan apakah fungsi ayat-ayat al-Quran atau hadith-hadith yang
memberikan pemahaman umum....?!
Misalnya firman Allah ta`ala:
“وَافْعَلُوا
الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ”.الحج: 77
Ertinya:
“Dan
lakukan kebaikan oleh kalian supaya kalian beruntung”.
(Surah
al-Hajj: 77)
Adakah
setiap bentuk kebaikan harus dikerjakan terlebih dahulu oleh Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam supaya ia dihukumkan bahawa kebaikan tersebut boleh
dilakukan.......?!
Tentunya tidak sedemikian. Dalam masalah ini Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam hanya memberikan kaedah-kaedah atau garis panduan sahaja.
Kerana itulah dalam setiap pernyataan Rasulullah terdapat apa yang disebutkan
dengan Jawami` al-Kalim ertinya bahawa dalam setiap ungkapan Rasulullah
terdapat kandungan makna yang sangat luas. Dalam sebuah hadith sahih,
Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:
“مَنْ سَنَّ فيِ
اْلإِسْـلاَمِ سُنَّةً حَسَنـَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا
بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَىْءٌ”.
رواه الإمام مسلم في صحيح
Ertinya:
“Barangsiapa
yang melakukan (merintis perkara baru) dalam Islam sesuatu perkara yang baik
maka ia akan mendapatkan pahala dari perbuatannya tersebut dan pahala dari
orang-orang yang mengikutinya sesudah dia, tanpa berkurang pahala mereka
sedikitpun”.
(Diriwayatkan
oleh al-Imam Muslim di dalam Sahih-nya).
Dan
di dalam hadith sahih yang lainnya, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
bersabda:
“مَنْ أَحْدَثَ فِيْ
أَمْرِنَا هذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ”. رواه مسلم
Ertinya:
“Barang
siapa merintis sesuatu yang baru dalam agama kita ini yang bukan berasal
darinya maka ia tertolak”.
(Diriwayatkan
oleh al-Imam Muslim)
Inilah senjata bagi para Wahabi untuk mengharamkan atau membid,ahkan Perayaan maulid.
Padahal Dalam
hadith ini Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam menegaskan bahawa sesuatu yang
baru dan tertolak adalah sesuatu yang “bukan daripada sebahagian syari`atnya”.
Ertinya, sesuatu yang baru yang tertolak adalah yang menyalahi syari`at Islam
itu sendiri.
Inilah yang dimaksudkan dengan sabda Rasulullah sallallahu`alaihi
wasallam di dalam hadith di atas: “Ma Laisa Minhu”. Kerana, seandainya semua
perkara yang belum pernah dilakukan oleh Rasulullah atau oleh para sahabatnya,
maka perkara tersebut pasti haram dan sesat dengan tanpa terkecuali, maka
Rasulullah tidak akan mengatakan “Ma Laisa Minhu”, tapi mungkin akan berkata:
“Man Ahdatsa Fi Amrina Hadza Syai`an Fa Huwa Mardud” (Siapapun yang merintis
perkara baru dalam agama kita ini, maka ia pasti tertolak).
Dan bila maknanya
seperti ini maka bererti hal ini bertentangan dengan hadith yang driwayatkan
oleh al-Imam Muslim di atas sebelumnya.
Yaitu hadith: “Man Sanna Fi al-Islam
Sunnatan Hasanatan….”.
Padahal
hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim ini mengandungi isyarat anjuran
bagi kita untuk membuat sesuatu perkara yang baru, yang baik, dan yang selari
dengan syari`at Islam. Dengan demikian tidak semua perkara yang baru itu adalah
sesat dan ia tertolak. Namun setiap perkara baru harus dicari hukumnya dengan
melihat persesuaiannya dengan dalil-dalil dan kaedah-kaedah syara`. Bila sesuai
maka boleh dilakukan, dan jika ia menyalahi, maka tentu ia tidak boleh
dilakukan. Karena itulah al-Hafizh Ibn
Hajar al-‘Asqalani menyatakan seperti
berikut:
“وَالتَّحْقِيْقُ
أَنَّهَا إِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَحْسَنٍ فِيْ الشَّرْعِ
فَهِيَ حَسَنَةٌ، وَإِنْ كَانَتْ مِمَّا تَنْدَرِجُ تَحْتَ مُسْتَقْبَحٍ فِيْ
الشَّرْعِ فَهِيَ مُسْتَقْبَحَةٌ”.
Artinya:
“Cara
mengetahui bid’ah yang hasanah dan sayyi-ah (yang dicela) menurut tahqiq
(penelitian) para ulama’ adalah bahawa jika perkara baru tersebut masuk dan
tergolong kepada hal yang baik dalam syara` bererti ia termasuk bid`ah hasanah,
dan jika tergolong kepada hal yang buruk dalam syara` maka berarti termasuk
bid’ah yang buruk (yang dicela)”.
Bolehkah
dengan keagungan Islam dan kelonggaran kaedah-kaedahnya, jika dikatakan bahawa
setiap perkara baharu itu adalah sesat?
2.
Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi biasanya berkata: “Peringatan
maulid itu sering dimasuki oleh perkara-perkara haram dan maksiat”.
Jawab:
Apakah
kerana alasan tersebut lantas peringatan maulid menjadi haram secara mutlak?!
Pendekatannya, Apakah seseorang itu haram baginya untuk masuk ke pasar, dengan
alasan di pasar banyak yang sering melakukan perbuatan haram, seperti membuka
aurat, menggunjingkan orang, menipu dan lain sebagainya?! Tentu tidak demikian.
Maka demikian pula dengan peringatan maulid, jika ada kesalahan-kesalahan atau
perkara-perkara haram dalam pelaksanaannya, maka kesalahan-kesalahan itulah
yang harus diperbaiki. Dan memperbaikinya tentu bukan dengan mengharamkan hukum
maulid itu sendiri. Kerana itulah al-Hafizh Ibn Hajar al-`Asqalani telah
menyatakan bahawa:
“أَصْلُ عَمَلِ
الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ
الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ
وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا
كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً”.
Ertinya:
“Asal
peringatan maulid adalah bid`ah yang belum pernah dinukil dari kaum al-Salaf
al-Saleh pada tiga abad pertama, tetapi meskipun demikian peringatan maulid
mengandungi kebaikan dan lawannya. Barangsiapa dalam memperingati maulid serta
berusaha melakukan hal-hal yang baik sahaja dan menjauhi lawannya (hal-hal
buruk yang diharamkan), maka itu adalah bid`ah hasanah”.
Kalangan
yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi berkata:
“Peringatan
Maulid itu seringkali menghabiskan dana yang sangat besar. Hal itu adalah
perbuatan membazirkan. Mengapa tidak digunakan sahaja untuk keperluan ummat
yang lebih penting?”.
Jawab:
Laa
Hawla Walaa Quwwata Illa Billah… Perkara yang telah dianggap baik oleh para
ulama’ disebutnya sebagai
membazir?!
Orang yang berbuat baik, bersedekah, ia anggap telah melakukan perbuatan haram,
yaitu perbuatan membazir?! Mengapa orang-orang seperti ini selalu saja
berprasangka buruk (suuzhzhann) terhadap umat Islam?! Mengapa harus
mencari-cari dalih untuk mengharamkan perkara yang tidak diharamkan oleh Allah
dan Rasul-Nya?! Mengapa mereka selalu sahaja beranggapan bahawa peringatan
maulid tidak ada unsur kebaikannya sama sekali untuk ummat ini?! Bukankah
peringatan Maulid Nabi mengingatkan kita kepada perjuangan Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam dalam berdakwah sehingga membangkitkan semangat kita
untuk berdakwah seperti yang telah dicontohkan baginda?! Bukankah peringatan
Maulid Nabi memupuk kecintaan kita kepada Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam
dan menjadikan kita banyak berselawat kepada baginda?! Sesungguhnya
maslahat-maslahat besar seperti ini bagi orang yang beriman tidak boleh diukur
dengan harta.
4.
Golongan yang mengharamkan peringatan Maulid Nabi sering berkata:
“Peringatan
Maulid itu pertama kali diadakan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Tujuan
beliau saat itu adalah membangkitkan semangat ummat untuk berjihad. Bererti
orang yang melakukan peringatan maulid bukan dengan tujuan itu, telah
menyimpang dari tujuan awal maulid. Oleh kerananya peringatan maulid tidak
perlu”.
Jawab:
Kenyataan
seperti ini sangat pelik. Ahli sejarah mana yang mengatakan bahawa orang yang
pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah sultan Salahuddin al-Ayyubi.
Para ahli sejarah, seperti Ibn Khallikan, Sibth Ibn al-Jauzi, Ibn Kathir,
al-Hafizh al-Sakhawi, al-Hafizh al-Suyuthi dan lainnya telah bersepakat
menyatakan bahawa orang yang pertama kali mengadakan peringatan maulid adalah
Sultan al-Muzhaffar, bukan sultan Shalahuddin al-Ayyubi. Orang yang mengatakan
bahawa sultan Salahuddin al-Ayyubi yang pertama kali mengadakan Maulid Nabi
telah membuat “fitnah yang jahat” terhadap sejarah. Perkataan mereka bahawa
sultan Salahuddin membuat maulid untuk tujuan membangkitkan semangat umat untuk
berjihad dalam perang salib, maka jika diadakan bukan untuk tujuan seperti ini
bererti telah menyimpang, adalah perkataan yang sesat lagi menyesatkan.
Tujuan
mereka yang berkata demikian adalah hendak mengharamkan maulid, atau paling
tidak hendak mengatakan tidak perlu menyambutnya. Kita katakan kepada mereka:
Apakah jika orang yang hendak berjuang harus bergabung dengan bala tentara
sultan Salahuddin? Apakah menurut mereka yang berjuang untuk Islam hanya bala
tentara sultan Salahuddin sahaja? Dan apakah di dalam berjuang harus mengikuti
cara dan strategi Sultan Salahuddin sahaja, dan jika tidak, ia bererti tidak
dipanggil berjuang namanya?! Hal yang sangat menghairankan ialah kenapa bagi
sebahagian mereka yang mengharamkan maulid ini, dalam keadaan tertentu, atau
untuk kepentingan tertentu, kemudian mereka mengatakan maulid boleh,
istighatsah (meminta pertolongan) boleh, bahkan ikut-ikutan tawassul (memohon
doa agar didatangkan kebaikan), tetapi kemudiannya terhadap orang lain, mereka
mengharamkannya?! Hasbunallah.
Para
ahli sejarah yang telah kita sebutkan di atas, tidak ada seorangpun daripada
mereka yang mengisyaratkan bahawa tujuan maulid adalah untuk membangkitkan
semangat ummat untuk berjihad di dalam perang di jalan Allah. Lalu dari manakah
muncul pemikiran seperti ini?!
Tidak
lain dan tidak bukan, pemikiran tersebut hanya muncul daripada hawa nafsu
semata-mata. Benar, mereka selalu mencari-cari kesalahan sekecil apapun untuk
mengungkapkan “kebencian” dan “sinis” mereka terhadap peringatan Maulid Nabi
ini. Apa dasar mereka mengatakan bahawa peringatan maulid baru boleh diadakan
jika tujuannya membangkitkan semangat untuk berjihad?! Apa dasar perkataan
seperti ini?! Sama sekali tidak ada. Al-Hafizh Ibn Hajar, al-Hafizh al-Suyuthi,
al-Hafizh al-Sakhawi dan para ulama’ lainnya yang telah menjelaskan tentang
kebolehan peringatan Maulid Nabi, sama sekali tidak mengaitkannya dengan tujuan
membangkitkan semangat untuk berjihad. Kemudian dalil-dalil yang mereka
kemukakan dalam masalah maulid tidak menyebut perihal jihad sama sekali, bahkan
mengisyaratkan saja tidak. Dari sini kita tahu betapa rapuhnya dan tidak
didasari perkataan mereka itu apabila berkaitan dengan hukum, istinbath dan
istidhal. Semoga Allah merahmati para ulama’ kita. Sesungguhnya mereka adalah
cahaya penerang bagi umat ini dan sebagai ikutan bagi kita semua menuju jalan
yang diredhai Allah.
Amin Ya Rabb.